JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang mengiktiraf tiga aktivis budaya yang aktif menyemarakkan seni budaya Pahang.
Penyanyi lagu Lemak Manis, Lagu Rakyat dan Syair, Roslan Madun,71, menerima Anugerah Tokoh Seni Budaya Negeri Pahang 2023.
Penggiat muzik tradisional Asli, Abd. Razzak Abu Bakar,75, penerima Anugerah Khas Juri Tokoh Sepanjang Zaman.
Sementara itu, Wartawan sambilan Utusan/Kosmo, Salehudin Mat Rasad menerima Anugerah Pendukung Seni (Media) sempena majlis Anugerah Seni Budaya (ASB) Moh Rodong- Rodong @ JKKN Pahang di Kompleks JKKN Pahang, baru-baru ini.-UTUSAN